kau dan aku

kau dan aku
aku dan kau

Ahad, 23 Februari 2014

BUBUR NASI BAYI + PURI LABU + KURMA cara saya

Hari ni aku nak citer sebab ni 1st time buat bubur utk baby Zayyan. Bukan apa, papa dia yang eksited mintak buatkan untuk anak sulongnya. Dari 4 5 bulan lagi duk bersungut suruh mintak mama buatkan. Haaa ni tak sampai 6 bulan lagi dah buat. Lagi seminggu nak cukup 6 bulan. Misi kat klinik sarankan bagi baby makan masa 6 bulan umur baby. So abaikan la yang seminggu ye.


Ok..panjang pulak mukadimah. Kita terus pada bahan-bahan:


Beras 
Labu 
Kurma

Ist, beras tu basuh dan keringkan dalam 2 hari atau kalau nak cepat saya salai  goreng kering. Dalam secawan macam tu. Aggaran untuk stok seminggu. Lepas tu kisar dalam blender kering. Lebih baik kalau tapis dlu kott...buang hampas2 y besar2.:)..Hasilnya beras diblender kering macam gambar di bawah.

Halus macam gula halus.hehe

Next, ketepikan dulu....kita cerita puri labu plak. Puri labu saya anggar dalam  25 ketul sebesar kiub ais. Rebuskan dalam air. Biarkan air menutupi paras labu. Dalam 7/10mnit agak2 lembut, tutup api. Sejukkan untuk proses mengisar.

labu siap direbus
tak lupa kurma 2 biji  (xrebus pun) blend skli ng labu tuuu..


Taraa..labu puri + kurma (utk kisar ,masukkan air lebihan rebusan labu td)

Letak dalam bekas kiub ais. Guna yang bertudung. Pastu letak dalam frozen.
Ok..Puri SIAP. Pastu kita beralih pada beras yang dikisar kering td. Letak dalam bekas cantik2. Simpan untuk stok seminggu. Untuk buat bubur nasi, aku ambik dalam 2 sudu (bajet utk makan tgh hari dan malam la konon). Air tak sukat ikut sedap2 je..rasa tak masak lg aku tambah je. Masak beras sampai masak jadi bubur nasi.
beras dalam proses mendidih nak jadik bubur
Bila dan siap jadi bubur, amik separuh (separuh lagi simpan makan malam) campurkan dengan puri labu kurma yang dalam kiub ais td tu.(1 kiub je cukup). Puri labu kurma aku punya xsempat keras pun sebab baru buat kan. Kalau kes yang puri labu kurma dah difrozenkan (maknanya dh jadi macam air batu la)..kena la cairkan dulu dengan campakkan dalam bubur nasi yang nak2 masak tu.

Taraa..ni lah hasilnya.
Untuk permulaan, amat2 gembira baby Zayyan makan smpai licin.
Baby Zayyan dgn papa yang lebih lebih. Nak tolong potong labu la apa la..hehe...
    ***SELAMAT MENCUBA UTK IBU-IBU***






















Jumaat, 21 Februari 2014

Al Kisah Blog Baru Aku

Hitung2 dah berapa banyak blog aku buat, semuanya disia-siakan. Id dan pasword terbang melayang entah kemana. Bukan sebab apa blog aku terbengkalai, sebab utama ialah malas, dan rajin tu datang jenguk sekejap sekejap sahaja, di samping laptop aku yang dimamah usia dan usang dan lusuh dan tidak menimbulkan minat aku untuk mengadapnya. 

OK lah..nanti aku sambung criter perihal aku dan keluarga di samping cara-cara nak buat BLOG. (walaupun aku ni bukan nya terror sangat)