kau dan aku

kau dan aku
aku dan kau

Isnin, 31 Mac 2014

SINGGANG IKAN SEDAP


Singgang ikan menu paling senang dan paling sedap. Suami aku xjemu2 makan menu ni di tambah dengan ikan rebus goreng. Memang orang kelantan kot suka menu2 camni. Selalu aku buat ikan tongkol. Hari ni dengan ikan kembung. Apa2 ikan pun boleh ye.
Bahan-bahan:

4 ekor ikan kembung
b. putih 3 ulas
b. merah 2 ulas
kacang bendi
lengkuas 2''
asam gelugur
gula melaka 1/2 potong
garam dan gula secukup rasa
air agak2 ye..biar ikan tu macam tenggelam pun ok :)

(campak2 bahan2 di atas tunggu mendidih..rasa la..kalau xckup garam dan gula, pandai2lah tambah ye)

Tadaaa..ni ikan rebus goreng. Hitam2 jangan di kata, sekali makan nak lagi.  Perhhhgg..makan dengan nasi panas, ikan singgang, budu dan ulaman2,,terbaikk!!!



IKAN GELAMA TUMIS ASAM SEDAP

salutkan garam dan kunyit dan goreng

Kuah
Bahannya:
b. putih 3 ulas (hiris)
b. merah 2 ulas (hiris)
b. besar 1/2 ulas (potong baji)
lobak merah
lada burung
air asam jawa (1 mangkuk)
air
gula n garam
minyak sedikit

Lepas siap, gaulkan kuah dan ikannya. Sedap makan dengan nasi panas. Hati2 dengan tulang ikan gelama, takut tercekik, jangan lupa amalkan baca doa sebelum makan, moga diberkati. 

SELAMAT MENCUBA



STEAMBOT SEDAP

Tu (kat bawah tuuuuu) antara gambar 1st time aku buat stembot la konon. Sup dia aku buat dengan kiub pati tom yam jenama lupa. Depend korang, nak letak pes pun ok. Untuk sup, aku letak kiub dalam 3 kiub,  serai dan daun limau nipis, air secukup korang. Aku letak separuh periuk.

BAHAN-BAHAN UTAMA
Bebola ikan+sayur
Bebola ikan goreng
Fishcake
Jejari ketam
Udang dan sotong
Maggi n bihun
Sos(aku beli yang dah siap)
sayur kobis
Periuk nasi (periuk stembot kalau ada lg cun)







Air tembikai heee

Huh penat menguplod gambar. Yela time anak tidur la dapat membelogkan diri. Lepas hari tu aku buat, suami request nak mintak buat lagi. Apa lagi stanby bahan2. Ni gambar2 2nd stembot yang sempat dirembat.


Beli bola2 cinnta kat giant. Yang timbang2.

Lepas 2nd stembot, aduyai dia request lagi. Ni 3st stembot (gambar kat bawah) kami makan. Best jugak dalam bulan 3 ni, 3x buat. Ok la, makan pun beshhh sebab suami yang tukang taruk dan cedok. Ngeee..Nanti balik kampung, bercadang2 nak buat makan ngan family..lagi ramai lagi beshhhh!!!.

Tiba2 je ada atas meja. Suami yang beli lepas g tengok bola kat kedai (tu pun nk gtau)

ni aku beli kat Giant. rm9.90

tengok sendiri ye...hehe

Sampingan...air tembikai cucu...



Puri lobak merah + bubur bayi

PURI LOBAK MERAH + BUBUR NASI

1

2 Lepas blender and cube kan dalam peti sejuk

3

4

GAMBAR BAWAH NI PURI EPAL + BUBUR NASI



STEP DIA IKUT FLOW MACAM BIASA yang saya buat puri labu yang mula2 tu ngeee

Ahad, 30 Mac 2014

Jom DIY drool pads/ sucking pads

Drool Pads / SUCKING PADS UNTUK Baby Carriers





Fungsi utama benda alah ni untuk disematkan pada bahagian tali baby carier di mana ia berfungsi untuk baby gigit2 dan menyebabkan tali basah. So, bila letak benda ni xlah meleleh air liur baby kat tali baby carier itu..HUHU
Benda ni jugak boleh buat untuk di pakai pada tali kerusi kereta, kereta sorong dan sebagainya disamping boleh buat tempat menyangkut puting dan mainan baby. Memaang SUPERB!! Kalau ada rajin semua jadi hehe!!

Ni saya ambil kat satu beloh org putih. Alamat belog ada kat bawah sekali.

BAHAN-BAHAN (mcm kelas masakan pulak)

2 keping  kain kapas / kain lembut 11 "x 8"
2 helai tuala 11 "x 8"
2 keping Velcro tape 5 "setiap 1
reben pilihan anda 
alat jahit / mesin (yang ni dalam proses membodek suami)
Alat-alat pertukangan cth gunting, jarum peniti dsbg


Langkah 1 : Potong kepingan tuala / kain kapas anda. Setiap kain 11 "x 8"
Potong dengan guntung jek!


Langkah 2 : Pasang Velcro tape di kain tuala dan kain kapas . Cantumkan guna jarum peniti dulu. Anda perlu menjahit mereka kira-kira 1 inci dari tepi dan berada tengah2
Lihat gambar di bawah.


Langkah 3 : Letakkan kain tuala dan kain kapas sama-sama. Pastikan tape Velcro di hujung bertentangan satu sama lain. Maknanya bila di gam tu akan sama la..xlah senget nanti


Langkah 4 : Sekarang kita akan membuat beberapa tag reben . Berguna untuk menggantung mainan, patung dan puting.hehe.
Potong beberapa reben pilihan anda. Pilih warna dan corak berbeza dalam ukuran yang anda suka. 


Langkah 5 : 
Pertama anda perlu lipat reben untuk membuat gelung. (gambar 1) Sematkan di antara dua lapisan kain dengan jarum peniti (gambar 2).  Biarkan reben kira-kira 1 /2 " atau lebih. (gambar 3)
Ulangi langkah mengikut bilangan reben anda.


Langkah 6 : Pin dan  jahit di sekeliling. 
Langkah 7: 
Setarika bahagian luar utk dapatkan jahitan yang kemas


Step 8: Tutupkan droolpads..dan SIAPP!!


MESTI BABY SUKAAAAA!!!!


http://www.lubirdbaby.com/2010/06/baby-suckingdrool-pads-for-ergo-baby.html


P/S: Hasil menggoogle , menterjemah dan mengedit balik dari tuan tanah blog ini :tq
http://justfordaisy.blogspot.com/2011/09/pimp-my-ergo-drool-pads-for-baby.html


Selasa, 18 Mac 2014

Puri Ubi Kentang + Kurma (Baby 6 Bulan ++)

MAKANAN ANAK DAH NAK SIAPPPP!!!

STOK SEMINGGU KASI LICIN


Sekarang nak masuk minggu ke 3 anak mama makan bubur. Untuk step pertama pada minggu 1 dan 2 mama bagi anak mama rasa ketegori sayuran iaitu labu. Untuk minggu ke3 mama kenalkan baby Zayyan dengan sayuran berkanji iaitu kentang, YEY!! licin anak mama makan. Alahan pun xde..berak pon ok hehe..
Minggu depan mama kenalkan adik dengan sayuran hijau pulak ye...


Hasil edit dan menggoogle..info berguna

Untuk makluman semua, saranan makanan pertama bayi yang terbaik ialah puri. Namun begitu, kita harus memperkenalkan dengan meliputi beberapa jenis kumpulan makanan iaitu bijirin, sayur, buah serta protein.
Ingat ye, kita perlu memperkenalkan hanya satu makanan pada satu masa. Sebagai contoh, mulakan dengan puri labu. Setelah si manja dapat membiasakan diri dengannya, perkenalkan makanan kedua daripada kumpulan makanan yang lain pula.



Tunggu selama 4 hari selepas memperkenalkan makanan baru; ini akan membantu menentukan sama anda si manja gemarkan makanan yang baru diperkenalkan dan membolehkannya membiasakan diri dengannya. Dalam masa 4 hari ini, anda juga boleh mengesan tanda alahan kepada makanan, jika ada.


Pada usia 6-8 bulan, sistem penghadaman bayi baru matang. Tekstur makanan paling sesuaiialah cair, puri, kisar atau lenyek. Beri makanan pepejal 2-3 kali sehari disertai dengan susu ibu 5-6 kali sehari.
Berikut ialah cadangan resepi untuk kumpulan makanan bijirin, buah, sayur dan protein yang sesuai untuk bayi 6-8 bulan.


Bubur Nasi (Hidangan dua orang)
  • 25 g (¼ cawan) beras, dikisar halus
  • 450 ml (1¾ cawan) air
Cara memasak
  1. Didihkan air. Masukkan beras yang dikisarhalus, kacau dari semasa ke semasa.
  1. Reneh selama 10 minit dan teruskan mengacau.
  1. Hidangkan semasa panas.
Cadangan
  • Untuk menambah khasiat, beras putih boleh digantikan dengan beras perang (mengandungi Vitamin B dan serat)
  • Tambahkan susu ibu ke dalam bubur.
Stew Epal (Hidangan dua orang)
  • 100 g (1 biji) epal merah, dibersihkan, dikupas, dibuang kulit, bijinya dan dipotong kepada saiz sederhana.
  • 250 ml (1 cawan) air
Cara memasak
  1. Tuang air ke dalam kuali dan didihkan.
  1. Masukkan buah epal ke dalam periuk.
  1. Tutup dan renehkan selama 10 minit atau sehingga buah epal menjadi lembut.
  1. Lenyek epal dengan menggunakan garpu sehingga menjadi puri.
Cadangan
  • Hidang bersama susu ibu
  • Buah epal boleh digantikan dengan buah-buahan yang lain seperti tembikai susu ataupun buah pir.


spiced carrot 960x639 Resepi Bayi 6 8 Bulan Yang TerbaikLobak kukus (hidangan dua orang)
  • 60 g (½ cawan) lobak merah
  • Air yang secukupnya untuk mengukus
Cara memasak
  1. Masukkan lobak merah ke dalam pengukus atau set penapis dan letakkan di atas air mendidih dan kukus
  1. selama 15 minit atau sehingga lembut.
  1. Masukkan lobak merah dikukus tadi ke dalam mesin pengisar dan kisar dengan menggunakan air yang
  1. secukupnya. Lenyek lobak merah sehingga menjadi puri.
Cadangan
  • Hidangkan dengan bubur nasi atau susu ibu sebelum hidang.
  • Lobak merah juga boleh digantikan dengan bayam, labu atau daun sawi.
  • Puri sayur-sayuran boleh dimasukkan ke dalam sup sayur-sayuran
Anda disarankan untuk memberi makanan berasaskan bijirin, buah-buahan dan sayuran kepada bayi anda selama beberapa minggu sebelum memperkenalkan makanan daripada sumber protein seperti daging, ayam atau ikan.
Dengan memperkenalkan makanan daripada sumber protein anda bolehlah menggabungkan makanan tersebut dengan kumpulan sayuran atau bijirin seperti berikut:
Bubur Nasi dengan Tauhu dan Kacang Pis(Hidangan untuk 2 orang)
  • 25 g (2 sudu makan) beras
  • 25 g (1 sudu makan) tauhu, dicincang
  • 15 g (1 sudu makan) kacang pis, dibuang kulit
  • 500 ml (2 cawan) stok ayam rebusan sendiri
Cara memasak
  1. Masak nasi dengan menggunakan rebusan stok ayam
  1. Apabila bubur telah siap, masukkan kacang pis (lenyekkan jika perlu),
  1. dan renehkan dengan api perlahan selama 5 minit.
  1. Masukkan tauhu sebelum memadamkan api.
  1. Sejuk dan lenyekkan sebelum hidang.
Selamat Mencuba!
Sumber: Buku Masakan Pilihan Pakar Pemakanan: Resipi Sihat untuk Si Kecil Anda (Jilid 1). 2011. Nutrition Society of Malaysia.Sumber Gambar: 3 First Food That Your Baby NeedsSpiced Carrot Puree


Copy paste and edit2 sikit dari blog: http://keluargabaru.com/resepi-makanan-bayi-6-8-bulan-yang-berkhasiat/

 

Kari Ketam Ringkas Sedap


BAHAN-BAHAN

Bawang merah : 3 ulas
Bawang Putih : 2 ulas
Halia : 1 inci
* Blender kering atau tumbuk atau racip halus*

Serbuk kari 1 paket/ 4@5 sudu
Santan 1/2 cawan
Air 2/3 cawan
Ketam 10 ekor potong 2
Kacang Bendi 3/4 btg (org kelantan panggil kacey miorr hehe)
Asam jawa


CARA-CARA

Memula tumis bahan yang dikisar. Bila nampak garing masukkan serbuk kari. Kalau nampak nak hangus masukkan air ye sedikit. Bila dah sebati masukkan santan dan air. Cara saya, saya masukkan ketam dahulu, supaya rempah sebati dan meresap dalam isi ketam, baru masukkan santan dan air. Mana-mana pun boleh cikjah oi...Nak-nak mendidih kacang bendi seterusnya masukkan gula dan garam secukup rasa. Last sekali masukkan air asam jawa. SIAP...!!








Ahad, 23 Februari 2014

BUBUR NASI BAYI + PURI LABU + KURMA cara saya

Hari ni aku nak citer sebab ni 1st time buat bubur utk baby Zayyan. Bukan apa, papa dia yang eksited mintak buatkan untuk anak sulongnya. Dari 4 5 bulan lagi duk bersungut suruh mintak mama buatkan. Haaa ni tak sampai 6 bulan lagi dah buat. Lagi seminggu nak cukup 6 bulan. Misi kat klinik sarankan bagi baby makan masa 6 bulan umur baby. So abaikan la yang seminggu ye.


Ok..panjang pulak mukadimah. Kita terus pada bahan-bahan:


Beras 
Labu 
Kurma

Ist, beras tu basuh dan keringkan dalam 2 hari atau kalau nak cepat saya salai  goreng kering. Dalam secawan macam tu. Aggaran untuk stok seminggu. Lepas tu kisar dalam blender kering. Lebih baik kalau tapis dlu kott...buang hampas2 y besar2.:)..Hasilnya beras diblender kering macam gambar di bawah.

Halus macam gula halus.hehe

Next, ketepikan dulu....kita cerita puri labu plak. Puri labu saya anggar dalam  25 ketul sebesar kiub ais. Rebuskan dalam air. Biarkan air menutupi paras labu. Dalam 7/10mnit agak2 lembut, tutup api. Sejukkan untuk proses mengisar.

labu siap direbus
tak lupa kurma 2 biji  (xrebus pun) blend skli ng labu tuuu..


Taraa..labu puri + kurma (utk kisar ,masukkan air lebihan rebusan labu td)

Letak dalam bekas kiub ais. Guna yang bertudung. Pastu letak dalam frozen.
Ok..Puri SIAP. Pastu kita beralih pada beras yang dikisar kering td. Letak dalam bekas cantik2. Simpan untuk stok seminggu. Untuk buat bubur nasi, aku ambik dalam 2 sudu (bajet utk makan tgh hari dan malam la konon). Air tak sukat ikut sedap2 je..rasa tak masak lg aku tambah je. Masak beras sampai masak jadi bubur nasi.
beras dalam proses mendidih nak jadik bubur
Bila dan siap jadi bubur, amik separuh (separuh lagi simpan makan malam) campurkan dengan puri labu kurma yang dalam kiub ais td tu.(1 kiub je cukup). Puri labu kurma aku punya xsempat keras pun sebab baru buat kan. Kalau kes yang puri labu kurma dah difrozenkan (maknanya dh jadi macam air batu la)..kena la cairkan dulu dengan campakkan dalam bubur nasi yang nak2 masak tu.

Taraa..ni lah hasilnya.
Untuk permulaan, amat2 gembira baby Zayyan makan smpai licin.
Baby Zayyan dgn papa yang lebih lebih. Nak tolong potong labu la apa la..hehe...
    ***SELAMAT MENCUBA UTK IBU-IBU***






















Jumaat, 21 Februari 2014

Al Kisah Blog Baru Aku

Hitung2 dah berapa banyak blog aku buat, semuanya disia-siakan. Id dan pasword terbang melayang entah kemana. Bukan sebab apa blog aku terbengkalai, sebab utama ialah malas, dan rajin tu datang jenguk sekejap sekejap sahaja, di samping laptop aku yang dimamah usia dan usang dan lusuh dan tidak menimbulkan minat aku untuk mengadapnya. 

OK lah..nanti aku sambung criter perihal aku dan keluarga di samping cara-cara nak buat BLOG. (walaupun aku ni bukan nya terror sangat)