kau dan aku

kau dan aku
aku dan kau

Selasa, 18 Mac 2014

Puri Ubi Kentang + Kurma (Baby 6 Bulan ++)

MAKANAN ANAK DAH NAK SIAPPPP!!!

STOK SEMINGGU KASI LICIN


Sekarang nak masuk minggu ke 3 anak mama makan bubur. Untuk step pertama pada minggu 1 dan 2 mama bagi anak mama rasa ketegori sayuran iaitu labu. Untuk minggu ke3 mama kenalkan baby Zayyan dengan sayuran berkanji iaitu kentang, YEY!! licin anak mama makan. Alahan pun xde..berak pon ok hehe..
Minggu depan mama kenalkan adik dengan sayuran hijau pulak ye...


Hasil edit dan menggoogle..info berguna

Untuk makluman semua, saranan makanan pertama bayi yang terbaik ialah puri. Namun begitu, kita harus memperkenalkan dengan meliputi beberapa jenis kumpulan makanan iaitu bijirin, sayur, buah serta protein.
Ingat ye, kita perlu memperkenalkan hanya satu makanan pada satu masa. Sebagai contoh, mulakan dengan puri labu. Setelah si manja dapat membiasakan diri dengannya, perkenalkan makanan kedua daripada kumpulan makanan yang lain pula.



Tunggu selama 4 hari selepas memperkenalkan makanan baru; ini akan membantu menentukan sama anda si manja gemarkan makanan yang baru diperkenalkan dan membolehkannya membiasakan diri dengannya. Dalam masa 4 hari ini, anda juga boleh mengesan tanda alahan kepada makanan, jika ada.


Pada usia 6-8 bulan, sistem penghadaman bayi baru matang. Tekstur makanan paling sesuaiialah cair, puri, kisar atau lenyek. Beri makanan pepejal 2-3 kali sehari disertai dengan susu ibu 5-6 kali sehari.
Berikut ialah cadangan resepi untuk kumpulan makanan bijirin, buah, sayur dan protein yang sesuai untuk bayi 6-8 bulan.


Bubur Nasi (Hidangan dua orang)
  • 25 g (¼ cawan) beras, dikisar halus
  • 450 ml (1¾ cawan) air
Cara memasak
  1. Didihkan air. Masukkan beras yang dikisarhalus, kacau dari semasa ke semasa.
  1. Reneh selama 10 minit dan teruskan mengacau.
  1. Hidangkan semasa panas.
Cadangan
  • Untuk menambah khasiat, beras putih boleh digantikan dengan beras perang (mengandungi Vitamin B dan serat)
  • Tambahkan susu ibu ke dalam bubur.
Stew Epal (Hidangan dua orang)
  • 100 g (1 biji) epal merah, dibersihkan, dikupas, dibuang kulit, bijinya dan dipotong kepada saiz sederhana.
  • 250 ml (1 cawan) air
Cara memasak
  1. Tuang air ke dalam kuali dan didihkan.
  1. Masukkan buah epal ke dalam periuk.
  1. Tutup dan renehkan selama 10 minit atau sehingga buah epal menjadi lembut.
  1. Lenyek epal dengan menggunakan garpu sehingga menjadi puri.
Cadangan
  • Hidang bersama susu ibu
  • Buah epal boleh digantikan dengan buah-buahan yang lain seperti tembikai susu ataupun buah pir.


spiced carrot 960x639 Resepi Bayi 6 8 Bulan Yang TerbaikLobak kukus (hidangan dua orang)
  • 60 g (½ cawan) lobak merah
  • Air yang secukupnya untuk mengukus
Cara memasak
  1. Masukkan lobak merah ke dalam pengukus atau set penapis dan letakkan di atas air mendidih dan kukus
  1. selama 15 minit atau sehingga lembut.
  1. Masukkan lobak merah dikukus tadi ke dalam mesin pengisar dan kisar dengan menggunakan air yang
  1. secukupnya. Lenyek lobak merah sehingga menjadi puri.
Cadangan
  • Hidangkan dengan bubur nasi atau susu ibu sebelum hidang.
  • Lobak merah juga boleh digantikan dengan bayam, labu atau daun sawi.
  • Puri sayur-sayuran boleh dimasukkan ke dalam sup sayur-sayuran
Anda disarankan untuk memberi makanan berasaskan bijirin, buah-buahan dan sayuran kepada bayi anda selama beberapa minggu sebelum memperkenalkan makanan daripada sumber protein seperti daging, ayam atau ikan.
Dengan memperkenalkan makanan daripada sumber protein anda bolehlah menggabungkan makanan tersebut dengan kumpulan sayuran atau bijirin seperti berikut:
Bubur Nasi dengan Tauhu dan Kacang Pis(Hidangan untuk 2 orang)
  • 25 g (2 sudu makan) beras
  • 25 g (1 sudu makan) tauhu, dicincang
  • 15 g (1 sudu makan) kacang pis, dibuang kulit
  • 500 ml (2 cawan) stok ayam rebusan sendiri
Cara memasak
  1. Masak nasi dengan menggunakan rebusan stok ayam
  1. Apabila bubur telah siap, masukkan kacang pis (lenyekkan jika perlu),
  1. dan renehkan dengan api perlahan selama 5 minit.
  1. Masukkan tauhu sebelum memadamkan api.
  1. Sejuk dan lenyekkan sebelum hidang.
Selamat Mencuba!
Sumber: Buku Masakan Pilihan Pakar Pemakanan: Resipi Sihat untuk Si Kecil Anda (Jilid 1). 2011. Nutrition Society of Malaysia.Sumber Gambar: 3 First Food That Your Baby NeedsSpiced Carrot Puree


Copy paste and edit2 sikit dari blog: http://keluargabaru.com/resepi-makanan-bayi-6-8-bulan-yang-berkhasiat/

 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan