Seorang isteri kepada yang bernama suami. Seorang ibu kepada seorang anak lelaki Muhamad Zayyan Faiq permata hati kami
kau dan aku
Selasa, 18 Mac 2014
Kari Ketam Ringkas Sedap
BAHAN-BAHAN
Bawang merah : 3 ulas
Bawang Putih : 2 ulas
Halia : 1 inci
* Blender kering atau tumbuk atau racip halus*
Serbuk kari 1 paket/ 4@5 sudu
Santan 1/2 cawan
Air 2/3 cawan
Ketam 10 ekor potong 2
Kacang Bendi 3/4 btg (org kelantan panggil kacey miorr hehe)
Asam jawa
CARA-CARA
Memula tumis bahan yang dikisar. Bila nampak garing masukkan serbuk kari. Kalau nampak nak hangus masukkan air ye sedikit. Bila dah sebati masukkan santan dan air. Cara saya, saya masukkan ketam dahulu, supaya rempah sebati dan meresap dalam isi ketam, baru masukkan santan dan air. Mana-mana pun boleh cikjah oi...Nak-nak mendidih kacang bendi seterusnya masukkan gula dan garam secukup rasa. Last sekali masukkan air asam jawa. SIAP...!!
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan